Infrastruktur Perumahan Negara Mentiri

Sekolah

Institusi pendidikan yang terdapat dalam kawasan Perumahan Negara Mentiri terdiri daripada sekolah rendah, agama dan menengah. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin menyediakan pendidikan rendah bagi penduduk dalam perumahan tersebut. Ianya juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama dengan nama yang sama yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei. Manakala Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja menyediakan pendidikan menengah bagi penduduk Mukim Mentiri.

Rumah ibadat

Masjid Hassanal Bolkiah

Terdapat sebuah masjid di Perumahan Negara Mentiri iaitu Masjid Hassanal Bolkiah. Ianya dibuka pada tahun 2017 bagi menggantikan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri yang telah ranap dalam satu kebakaran.[2] Masjid ini dirasmikan sendiri oleh KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei; ianya dapat menampung dalam 3,000 jemaah.[2]

Lain-lain

Pusat Kemasyarakatan Kampung Mentiri terletak dalam kawasan Perumahan Negara Mentiri dan ianya memberi kemudahan tempat untuk acara-acara sosial dan komuniti bagi penduduk perumahan serta petempatan di sekitarnya. Pusat ini pernah dijadikan sebagai tempat ibadat sementara sehingga Masjid Hassanal Bolkiah telah siap dan dibuka.[3]